Sunday, August 10, 2008

UiTM ambil 10% bukan Bumiputera

Utusan Malaysia pada 11 Ogos 2008 melaporkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mencadangkan 10 peratus daripada jumlah semasa kuota pelajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dibuka kepada bukan bumiputera serta pelajar asing.

Cadangan itu akan dapat mempertingkatkan kualiti pendidikan dan persaingan di kalangan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) tersebut. Menurut Tan Sri Khalid, syor itu juga dianggap sebagai wajar dan tepat dengan usaha UiTM yang mahu melahirkan pelajar daripada golongan Melayu dan bumiputera yang berdaya saing.

"UiTM perlu bersikap global dalam usaha untuk menentukan siswazahnya lebih mesra dan serasi dengan masyarakat yang berbilang kaum dan bangsa agar dapat bersaing secara sihat."

Bagimanapun, kata TanSri Khalid, cadangan yang dilontarkan ini perlu difikirkan sedalam-dalamnya daripada semua aspek agar tidak bercanggah dengan dasar penubuhan IPT itu dalam melahirkan generasi bumiputera yang berilmu dan berdaya saing.

Apa pendapat anda?

How to Become Professional Blogger

Free Viral Advertising!

OBOads.com - Advertise your Products for FREE

Sponsor Link
Why Blog? The Purpose of Blogging

Wednesday, July 23, 2008

Kekalkan status UiTM

Utusan Malaysia pada 24 Julai 2008 dalam tajuk "Kekalkan Status UiTM" melaporkan iaitu "golongan pendidik di sini mahu kerajaan bertegas mempertahankan status Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebagai institusi pengajian tinggi (IPT) milik penuh bumiputera di negara ini. Mereka menyifatkan cadangan supaya UitM dibuka kepada bukan bumiputera tidak wajar malah bertentangan dengan aspirasi negara wewujudkan bangsa pribumi pendidikan dan bermaruah"

Dalam ruangan yang sama beberapa fakta yang menarik telah diutarakan, iaitu:

***Pelajar bukan Bumiputera mempunyai 17 IPT awam dan 36 IPT swasta di negara ini.

***Ada pihak-pihak tertentu untuk menghapuskan monopoli pelajar bumiputera daripada mengikut pengajian di UiTM selama ini.

***Naib Canselor UiTM, Pro. Datuk Seri Dr. Ibrahim Abu Shah dan tokoh pendidik Tan Sri Abdul Rahman Arshad telah menggesa kerajaan mengekalkan status UiTM sebagai milik penuh bumiputera.

*** En. Mohd Yusof Sulaiman, pesara guru, beliau tidak mahu melihat UiTM senasib dengan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang membuka pintu kepada bukan bumiputera menyebabkan bilangan pelajar bumiputera terpaksa dihadkan.

*** En Hisham Mohd. Sapian, seorang guru dari Bandar Jengka berharap lebih ramai pemimpin dan cendiakiawan Melayu tampil bersuara mempertahankan hak bumiputera di UiTM.


Sidang Pembaca:

Pembaca khususnya kalangan orang Melayu dan Bumiputera digalakkan memberi pandangan dalam blog ini mengenai cadangan En Hisham Mohd Sapian di atas--iaitu meminta lebih ramai pemimpin dan cendiakiawan Melayu tampil bersuara mempertahankan hak bumiputera di UiTM.

Direktori Blogger Malaysia | Himpunan Blog Warga Malaysia

Sponsor Link
Text-Ads Free Advertising
Proven Ways to Make Money On the Internet